Pages

Sunday, January 30, 2011

Gamelan Masterclass @ UbuD BALI!

me : no SALE! tq! sharm : please laa..
R U BALI VIRGIN?? (or  bali teruna?????? hmm) 
      Pada 5-8 September yang lepas, saya bersama Rhythm In bRonze member telah terbang ke Ubud, Bali untuk berjumpa dengan kumpulan gamelan bali iaitu SINGAMURTI (kumpulan yang telah bersama menjayakan WORLD GAMELAN FESTIVAL di Terengganu). Tujuan ke sana??? BALINESE GAMELAN MASTERCLASS!!! yea!!!!!!! selain...

SHOPPING sakan
JALAN2 sampai patah kaki
MASSAGE (HEHE)

     haha, tak sangka akan diberi tunjuk ajar oleh MAESTRO yang sangat mendalami budaya mereka (iaitu Pak Wayan Cithra dan Pak Wayan Sumantara).

DAY 1

UBUD AIRPORT

     kami telah bertolak dengan penerbangan AIRASIA tepat pada pukul 0920 pagi. sampai di sana, kami telah dijemput oleh Pak Wayan Chitra sendiri bersama-sama "super"(pemandu pelancong). Untuk ke daerah Ubud sahaja mengambil masa 1 jam perjalanan dengan menaiki MPV.... pemandangan di sana SAANGATLAH cantik! dengan beribu2 PURA (kuil Bali) di setiap jalan, sawah padi bertingkat2, topless nenek.... topless nenek?? YES.. I SAID TOPLESS NENEK!! sambil menyapu kat laman rumah... LEGEND. Semakin dalam dan jauh perjalanan kami, semakin kecil jalannya sehingga tinggal 1 lane sahaja (tapi digunakan untuk 2 lane... mamPOS............)

Infront of Brata 1 Homestay! from left, Zul, Lai Fong, me.

Verandah
     kami menginap di BRATA 1 Homestay di Jalan Hanoman, kecik je pintu gerbangnya (sarat dengan ukiran batu/kayu) tapi bile masuk kat dalam.. besar jugak! hampir semua konsep rumah di Bali sama (even homestay), di mana tanah seluas 1-2 ekar yang dikelilingi dinding batu setinggi kepala itu akan didiami oleh beberapa keluarga (macam kompleks) di dalam rumah kecil masing2...GET INTO BONDING!

      Kami hanya sekadar singgah ke Brata 1 untuk check-in kerana kami perlu teruskan perjalanan ke rumah Pak Wayan Sumantara untuk memulakan kelas pertama!!!! pada pukul 230 petang kalau tidak silaP. tak sabar2 la PLAK!!!!!!!!!!!!!!!

     Sampai sahaja di rumah pak wayan [jantOng berkobar-kobar nih] kami diperkenalkan dengan set gamelan mereka yang tersangatlah cantik dan halus pembuatannya. Set gamelan tersebut diletakkan di dalam pangkin [pondok] dimana permainan gamelan dimainkan secara terbuka, satu kampong bleh dengar! hahaha..

1ST Lesson

Laifong, me, n Pak wayan Citra [Ceng-ceng session]

     Proses pembelajaran yang kami lalui berkonsepkan PANDANG, DENGAR dan CUBA, dengan cara tersebut mereka diajar dari kecil dan hanya mengunakan ingatan untuk "recall" mane-mane lagu. Sebab tu permainan diorang sangat perfect! Memang ternganga LA mule2 sebab Gamelan Bali tidak menggunakan notasi  cipher/nombor [seperti dalam gamelan melayu dan jawa] sebaliknya menggunakan sistem solfa [macam do re mi fa so] iaitu DING, DONG DENG, DUNG dan DANG. yang kelakarnye kitorang sume cepat2 translate kepada nombor ( 1[fa], 2[so], 3[ti], 5[do], 6[mi] ) bile tengah practice, HAHA!!!

Gamelan Bali terdiri daripada 2 bahagian iaitu Alat muzik bernada [pic] dan alat muzik tidak bernada [rentak]. Instrumen-instrumen ini diperbuat dari gangsa [seperti Calung, Pemade, Ugal, Reyong, Gong etc.] dan alat berkulit/membranofon [Kendang] selain bamboo flute. Lagu yang pertama yang kitorang blaja bertajuk LAGU GILAK yang mana mengandungi semua asas-asas dalam gamelan bali.

Asas yang pertama dalam permainan Bali ialah NOTA DASAR dimana bahagian pertama lagu ini kitorang memainkan melodi asas [ 1 2 3 5  3 5 2 3] yang kemudiannya di"double"kan [ 11 22 32 53  33 55 22 33], macam saron peking la. Bahagian ini kemudian diperkembangkan lagi dengan teknik ONCANG-ONCANGAN dimana instrumen Pemade, Calung [macam Saron Baron/Peking] dibahagikan kepada 2 pemain [Polos dan Sangsih] yang akan memainkan melodi secara bertingkah :

POLOS      [ 16   21   32   53   32   53   21    62] dan
SANGSIH [ .5.1 .6.2 .1.3 .2.2 .1.3 .2.1 .6.5 .3.6].

MAKNENYE SORANG MAIN DOWN BEAT, SORANG MAIN UPBEAT SAMPAI MAMPOS.

Lepas bahagian ni habis, orang2 POLOS dan SANGSIH akan memainkan Teknik KOTEKAN [pronounce macam yang ANDA FIKIRKAN YEAAAAAA~core.tay.cun*] dimana Polos dan SANGSIH akan memainkan melodi secara berasingan/rhythmic tetapi bertujuan mencipta tekstur baru yang berterusan iaitu :

POLOS [ 1.12 .12. 21.2 1.12 .1.2 1.21 .21. 21.2 ] dan
SANGSIH [ 5.5. 35.3 .53. 535. 353. 53.5 3.53 .53. ]

KOTEKAN ini dipanggil KOTEKAN NORET. ade banyak jenis KOTEKAN dalam Gamelan Bali~ bayangkan teknik KOTEKAN ni dimainkan dalam tempo yang tersangat laju, tangan kitorang semua macam lipas kudunG!!! ahahaha!! tapi BEST GILE dapat ilmu macam ni. Dah dapat ilmu, aku kongC la kaannn~~...

kitorang semua diLANYAK sampai petang! main berulang2 kali sampai ingat, terlekat dalam kepala. balik j kat BRATA 1, terbungkanG......

DAY 2

WIL BE UPDATED SOON!! jap2 yeaaaaa

Sunday, September 5, 2010

World Gamelan Festival Terengganu 2010!

HAHA! lame x update bloG! kekoK plak rasenye.
Boleh dikatakan baru2 ni (Julai 2010), aku telah berhijrah ke TERENGGANU untuk mengadakan persembahan gamelan bersama Akademi Seni Budaya Dan WArisan Kebangsaan (ASWARA) dan Rhythm In Bronze (RiB).

Ini merupakan Festival yang kali kedua diadakan di Terenganu dimana pada kali pertama aku telah mewakili ASWARA, Istana Budaya (IB) serta RiB, (ASWARA dan RiB pada kali ini).

ASWARA telah memainkan lagu (C.A.R.M.A) yang berkonsepkan kontemporari melibatkan penari serta penyanyi (seperti festival sebelum ini). Kami hanya sempat berlatih seminggu sahaja sebelum berangkat ke Terengganu kerana pada masa yang sama ASWARA sedang sibuk menyelaraskan kemasukan baru Diploma dan Degree. ditambah pulak composer IJAN (yang merupakan percussionist untuk lagu tersebut) tidak dapat menyertai festival last minute atas sebab tertentu, tulang blakang XDE! tapi atas komitmen sume, latihan berjalan dengan sangat lancar.

Monday, April 19, 2010

Rhythm in Bronze @ MPO "Gamelan Discovery"

Pada 14 April 2010 yang lepas, saya  bersama Rhythm in Bronze telah mengadakan persembahan "Gamelan Discovery" di Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan disertai oleh 3 orang MPO. Lama jugak la persediaan yang dibuat untuk show ni, approx. 2 month. Setiap Ribbers (RiB members) diberikan tugas untuk arrange semula lagu "LAGU UNTUK TEMAN LAMA" dan "EPILOGUE" dan dijadikan variasi untuk setiap instrument gamelan. Saya telah diberikan kepercayaan untuk arrange Concerto untuk GAMBANG, HAHAHAHA.....
Tak lama la jugak nak arrange lagu untuk GAMBANG ni sebab saya sudah faham characteristic dan teknik permainannya, cuma nak menyusun idea tu ambiL mase skit. Banyak sangat idea nak TAROK, so idea kena balance.Sepanjang seminggu aku ditemain pensel dan paper sahaja, mengdraf sana sini, haha. Bile Lagu dah siaP,... Rehearsal pun bermula!


NI merupakan excerpt dari skor tersebut laaaa.....
Rehearsal mula2 dijalankan di UM, selepas beberapa latihan, kami dibenarkan berlatih di MPO untuk persiapan terakhir. EXITED la JUGAK!!!!!

NI tengah practice lagu ape ntah, lupee.., kat MPO hall, haha. Beberapa jam sebelum show, kami telah bertungkus-lumus untuk menggilap gamelan menggunakan Brasso, PALING PARAH NAK POLISH GONG!! tapi CHANTEEEKKK...... (shiny gilE la plak aku tonyoh bende ni yea....).

^^ INI Tengah melepak selepas set gamelan kene TALA sampai nampak BerkilaT.
PENAT BETOOOLLLLL....
Excerpt dari surat khabar ape tah.... Promoting the Show... Cheeeze!!!
Practising Bonang variation for Epilogue piece. SUSAH jugak la, tapi BEST. BONANG DUET with accompaniment by Cello and GONG.
I missed  the thrilling sensatioN!!
Our last pose before shoW, TQ Rhythm in Bronze! and MPO! LOVE THE EXPERIENCES AND LAUGHTER!

Saturday, April 10, 2010

Persiapan PeTA

HEhe.. salam! skarang tengah membuat persiapaN untuk berhadapan dengAn Penilaian Tahun Akhir (PeTA) yang merupakan projek akhir bagi tahun 3 ASWARA. 4 lagu komposisi telah disiapkan (termasuk transcriPtion) dan menunggu untuk pRactice sahajaaaaaa...
Nak kene settlekan promoSi dan marketing perseMbahan MAKYONG SINDO lagi.. adoilaaaaa... harap semua berjalan lancar!