Pages

Sunday, September 5, 2010

World Gamelan Festival Terengganu 2010!

HAHA! lame x update bloG! kekoK plak rasenye.
Boleh dikatakan baru2 ni (Julai 2010), aku telah berhijrah ke TERENGGANU untuk mengadakan persembahan gamelan bersama Akademi Seni Budaya Dan WArisan Kebangsaan (ASWARA) dan Rhythm In Bronze (RiB).

Ini merupakan Festival yang kali kedua diadakan di Terenganu dimana pada kali pertama aku telah mewakili ASWARA, Istana Budaya (IB) serta RiB, (ASWARA dan RiB pada kali ini).

ASWARA telah memainkan lagu (C.A.R.M.A) yang berkonsepkan kontemporari melibatkan penari serta penyanyi (seperti festival sebelum ini). Kami hanya sempat berlatih seminggu sahaja sebelum berangkat ke Terengganu kerana pada masa yang sama ASWARA sedang sibuk menyelaraskan kemasukan baru Diploma dan Degree. ditambah pulak composer IJAN (yang merupakan percussionist untuk lagu tersebut) tidak dapat menyertai festival last minute atas sebab tertentu, tulang blakang XDE! tapi atas komitmen sume, latihan berjalan dengan sangat lancar.

No comments:

Post a Comment